Tuesday, June 14, 2011

Perut kenyang.Kita tulis lagi.

dalam hidup cinta boleh datang dan pergi
ketawa kerananya,
senyum kerananya,
menangis kerananya.

ia mungkin bermula dengan persahabatan
segelintir pula, mula sedar bila ia hilang.

semata-mata untuk rasa dihargai
ada yang percaya cinta ini untuk selamanya.

bagi segelintir, mereka akhirnya sedar
hidup bukan seindah puisi.

mereka perlu mula semula.

demi sebuah impian,tak salah untuk kita berkorban.
bila mana hati kita rapuh untuk menghadapi realiti,
nangis,nangis semahunya
tapi jangan biarkan hati kita terus rebah.

sejauh mana kita kenal hati budi seseorang
kita tetap tidak boleh buat penilaian.
dalam hidup,kita perlu belajar melepaskan dan teruskan kehidupan
selagi lama kita tunggu,selama itu kita buang masa.

bermula dengan hati,angan dan mimpi.
sebesar manapun kedudukan kita,
segagah prinsip mampu goyah.

kerana cinta,kerana kita manusia biasa
mudah lemas jika cintanya lemah.

kita harus kuatkan hati
percaya naluri,akui
lafazkan cintamu,kau mahukan dia


No comments: