Friday, February 6, 2009

What?~!

KUANTAN 3 Feb. - Sikap segelintir pegawai dan kakitangan yang tidak berdisiplin menjadi salah satu punca Universiti Malaysia Pahang (UMP) berada di kedudukan hampir tercorot di kalangan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini.

Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim menegaskan, pihaknya kesal dengan sikap pegawai dan kakitangan terbabit yang lebih mengutamakan soal remeh temeh tanpa memberi perhatian kepada aspek kualiti.

''Ada pegawai dan kakitangan yang menjadikan majlis-majlis pelancaran, perasmian dan perjumpaan di Kuala Lumpur atau di tempat lain sebagai keutamaan berbanding dalam universiti ini.

''Kita lebih kerap memberi perhatian kepada perkara yang remeh. Kadangkala lebih menitikberatkan protokol dan kedudukan," katanya ketika menyampaikan Amanat Tahunan 2009 di depan kira-kira 4,000 warga UMP di kompleks sukan universiti itu di sini hari ini.

Teguran Naib Canselor itu disambut dengan tepukan gemuruh ribuan pelajar yang hadir pada majlis tersebut.

Daing Nasir menegaskan, terdapat pegawai universiti itu yang kurang mengambil berat hal ehwal pelajar selain tidak mementingkan masa.

''Peraturan yang dikenakan kepada pelajar juga tertumpu kepada perkara remeh-temeh berasaskan andaian dan buruk sangka.

''Kita lebih cenderung kepada perkara yang mudah seperti membuat peraturan ketat kepada pelajar sedangkan pegawai itu sendiri kurang selesa dengan perkara yang mencabar untuk meningkatkan kebajikan pelajar dan staf," katanya.

Menurutnya, kedudukan UMP di kedudukan hampir tercorot di kalangan IPTA di negara ini mengejutkan pihak pentadbiran universiti kecuali bagi 'mereka yang masih lena'.

Daing Nasir turut mengingatkan pegawai UMP supaya tidak 'syok sendiri' dalam menjalankan aktiviti seperti penerbitan sehingga kegiatan yang dilakukan tidak memberi impak kepada dunia di luar kampus.

Sehubungan itu, beliau mahu setiap pegawai dan kakitangan UMP memberi nafas baru kepada slogan universiti iaitu 'kejuruteraan, teknologi dan kreativiti.'

''UMP memerlukan rekaan semula, berteknologi dan berinovasi. Nama UMP jelas telah memberikan kulit baru kepada universiti ini tetapi isinya masih jauh lagi dari sebuah universiti terkemuka dalam banyak aspek," katanya.

* This is taken from Ikhwan's Blog.But seriously...what is going on people? How can our university be one of the bottoms ones?Help..how can i put that in my resume?

3 comments:

Sabrina said...

tercorot tu...

BUKAN students' performance yg tercorot...

tapi R&D's performance and management of Uni performance yg tercorot...

I already asked my lecturer.

So, in case my interview nanti ditembak pasal "tercorot"..dont forget to use that point, k?

faRha said...

shocking news
huhu

Dyat said...

on paper they can say anything..
it doesnt worth our grief...

i always believe name doenst mean anything- give it sekolahpapan or sekolah atap...

we have an equal chance to compete and prove the critics are wrong...

(fuh semangat... kuikui)